合法化赌球以管制世界杯非法赌博乃虚假藉口 社青团甲抛峇底区团成立 陈宏来当选团长 Sikap Bertalam Muka Dua Pemuda MIC Dikecam 聂阿里竟敢撒谎! 葉進強炮轟馬華協詷員沈耀權扮演雙面人 促陈恩来做个有种哦萨马! 社青团愿发动全民抗议大桥收费调涨 UMNO Mengelirukan Rakyat Jelata!

Ng Wei Aik: Perselisihan Faham di antara Y.B. Jeff Ooi dan JIM perlu ditangani segera

Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 6 Ogos 2009 (Khamis) di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang berasa tidak wajar bagi Y.B. Jeff Ooi Chuan Aun, Ahli Parlimen bagi Jelutong untuk mengheretkan Jemaah Islah Malaysia (JIM) ke dalam pertelingkahan beliau dengan Hj. Mohd. Razali, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Bagi DAPSY, JIM merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar dan selama ini, kami pernah bekerjasama untuk memperjuangkan pelbagai isu melalui gerakan belia, gerakan mahasiswa dan gerakan reformasi. Kita berkongsi prinsip-prinsip dan pendirian yang sama terhadap pelbagai isu yang mencabuli hak-hak asasi manusia dan keadilan sejagat.

DAPSY berpendapat bahawa JIM bukanlah sebuah gerakan ekstremis malah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da’wah serta pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

DAPSY memandang serius terhadap kenyataan Y.B. Jeff Ooi yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Namun, kami percaya ini bukanlah tujuan asal Y.B. Jeff Ooi untuk menyinggung perasaan umat Islam.

DAPSY berharap hubungan pemimpin-pemimpin DAP atau DAPSY dengan JIM secara khususnya atau masyarakat Islam secara amnya tidak akan terjejas dengan kenyataan Y.B. Jeff Ooi tersebut.

Dengan itu, DAPSY berharap sebarang perselisihan faham di antara Y.B. Jeff Ooi dan JIM dapat ditangani dengan segera.

NG WEI AIK

Be Sociable, Share!

Tags:

Leave a Reply

Get Adobe Flash player

Daftarlah Sebagai Rakan DAP!
立即登记成为火箭之友!
Register as the Friends of DAP!