合法化赌球以管制世界杯非法赌博乃虚假藉口 社青团甲抛峇底区团成立 陈宏来当选团长 Sikap Bertalam Muka Dua Pemuda MIC Dikecam 聂阿里竟敢撒谎! 葉進強炮轟馬華協詷員沈耀權扮演雙面人 促陈恩来做个有种哦萨马! 社青团愿发动全民抗议大桥收费调涨 UMNO Mengelirukan Rakyat Jelata!

Ng Wei Aik: Koh Tsu Koon dan Gerakan takut kerana salah!

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KOMTAR pada 25 September 2009 (Jumaat) di Georgetown, Pulau Pinang:

Tindakan Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia Pulau Pinang yang mencabar Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk berdebat dengan mereka atas isu Kampung Buah Pala amat melucukan, di mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon dan bukannya Lim Guan Eng merupakan dalang di sebalik isu tersebut.

Jikalau pemimpin-pemimpin Pemuda Gerakan berikhtiar untuk mengembalikan kebenaran bagi isu ini, mereka sepatutnya menampilkan Koh Tsu Koon untuk berdepan dengan rakyat jelata, termasuk membongkarkan tingkah laku pemimpin-pemimpin UMNO yang bersubahat dengan pihak-pihak tertentu untuk menggadaikan kepentingan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala melalui pemindahmilikan tanah tersebut.

Sekiranya Ketua Menteri tidak takut akan UMNO, mengapa beliau perlu berasa takut untuk berdebat dengan pemimpin-pemimpin Gerakan? Namun, adalah lebih baik untuk Ketua Menteri terus berdebat dengan bekas Ketua Menteri yang terus melibatkan diri dalam segala proses perbincangan untuk meluluskan urusniaga tanah tersebut atas sebab Koh Tsu Koon sememangnya dalang sebenar yang mengetahui segala-segalanya dan bukan Pemuda Gerakan yang masih perlu disusukan dalam pangkuan ibu partinya.

Jikalau tidak, tindakan Pemuda Gerakan yang sering kali mencabar Ketua Menteri untuk berdebat tanpa menampilkan Koh Tsu Koon untuk berhadapan dengan segala kesilapan yang telah dilakukan olehnya sememangnya bertujuan untuk menyemaikan segala kebenaran dan bukan menegakkan keadilan untuk penduduk-penduduk Kampung Buah Pala.

Bagi pihak rakyat Negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri sudi untuk berdebat dengan Koh Tsu Koon sekali lagi untuk mencari kebenaran bagi isu Kampung Buah Pala. Segala yang tersurat dalam dokumentasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dapat menerangkan pelbagai isu yang tersirat di sebaliknya.

Janganlah Koh Tsu Koon hanya tahu bersembunyi dalam pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri sehingga membelakangkan prinsip-prinsipnya yang ingin membantu rakyat jelata melalui penyertaannya dalam politik sejak tahun 1982. Adakah ini merupakan suatu KPI (Indeks Prestasi Utama) yang sedang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru?

Bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kita tiada apa-apa yang nak disembunyikan. Malah, Koh Tsu Koon dan konco-konconya dari UMNO, MCA dan MIC dengan sedaya-upaya telah menyembunyikan segala-galanya. Seperti kata pepatah Melayu, Pakatan Rakyat berani kerana benar, Koh Tsu Koon dan Gerakan takut kerana salah!

NG WEI AIK

Be Sociable, Share!

Tags:

Leave a Reply

Get Adobe Flash player

Daftarlah Sebagai Rakan DAP!
立即登记成为火箭之友!
Register as the Friends of DAP!