合法化赌球以管制世界杯非法赌博乃虚假藉口 社青团甲抛峇底区团成立 陈宏来当选团长 Sikap Bertalam Muka Dua Pemuda MIC Dikecam 聂阿里竟敢撒谎! 葉進強炮轟馬華協詷員沈耀權扮演雙面人 促陈恩来做个有种哦萨马! 社青团愿发动全民抗议大桥收费调涨 UMNO Mengelirukan Rakyat Jelata!

Laporan Polis Terhadap Dato Seri Samy Velu dan Koperasi NLFCS

Saya Satees A/L Muniandy Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Pulau Pinang telah membuat satu laporan polis terhadap Dato Seri Samy Velu dan Koperasi NLFCS berdasarkan kepada Laporan Akhbar Tamil Makkal Osai edisi 8 & 9 Mac 2010.

Dalam laporan akhbar tersebut, dinyatakan bahawa Koperasi National Land Finance Co-operative Society telah menyalurkan wang sebanyak 200 ribu kepada Parti Malaysian Indian Congress (MIC) pada tahun 2008 untuk tujuan kegunaan pilihanraya. Dato Seri Samy Vellu didakwa telah mengakui menerima RM 200 ribu daripada NLFCS untuk digunakan semasa pilihanraya ke-12 yang lalu. Beliau dikatakan telah mengaku sedemikian dalam affidavitnya yang dikemuka ke Mahkamah, berkenaan dengan satu kes yang melibatkan Maju Institute for Education Development (MIED).

Laporan akhbar tersebur jelas telah mengejutkan ribuan orang ahli NLFCS yang telah melabur wang mereka dalam Koperasi tersebut. Para ahli dikatakan tidak setuju dengan tindakan Lembaga Pengarah NLFCS yang menyalurkan wang tunai dalam jumlah yang besar kepada satu organisasi politik tanpa pengetahuan para ahlinya. Lebih-lebih lagi wang tersebut didakwa, telah disalurkan untuk kegunaan MIC semasa pilihanraya ke-12 yang lalu. Jika benar, jelas perbuatan itu melanggar undang-undang Koperasi. Polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia harus menyiasat perkara ini, jika ada sebarang jenis tekanan daripada pihak terlibat untuk mendapatkan sejumlah wang tersebut daripada Koperasi NLFCS. Oleh kerana perkara tersebut dikatakan telah dinyatakan dalam affidavit Dato Seri Samy Vellu, pihak polis ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia tidak patut melengahkan lagi siasatan dan harus mengambil inisiatif untuk menyiasat perkara ini.

Menggunakan wang koperasi untuk kegunaan parti politik, tanpa pengetahuan ahli-ahli koperasi adalah perkara yang tidak boleh diterima. Kejadian ini membuktikan parti-parti Barisan Nasional tidak mempedulikan undang-undang, dan hanya mementingkan kepentingan politik mereka.

Saya bagi pihak DAPSY menyeru kepada pihak Polis dan SKM untuk menyiasat perkara ini dengan kadar yang segera. Seterusnya, DAPSY juga akan membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai perkara ini jika pihak yang terlibat gagal menjelaskan tindakan mereka.

Sekian, terima kasih.

M.SATEES A/L MUNIANDY,
Ahli Majlis Eksekutif Negeri
DAPSY Pulau Pinang

Kenyataan dalam Bahasa Tamil - Laporan Polis Terhadap Dato Seri Samy Velu dan Koperasi NLFCS (195)
Be Sociable, Share!

Tags:

One Response to “Laporan Polis Terhadap Dato Seri Samy Velu dan Koperasi NLFCS”

  1. PREM Says:

    it’s really? why they did like this….

Leave a Reply

Get Adobe Flash player

Daftarlah Sebagai Rakan DAP!
立即登记成为火箭之友!
Register as the Friends of DAP!