Rakyat Menang dalam Melawan Judi Bola!
Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang pada 26 Jun 2010 (Sabtu) di Georgetown, Pulau Pinang:
Keputusan Kerajaan Barisan Nasional bahawa lesen perjudian sukan tidak akan dikeluarkan boleh diibaratkan sebagai rakyat telah menang dalam perjuangan kita untuk membantah perjudian sukan.
Walau bagaimanapun, rakyat masih perlu memberi perhatian serius bahawa sama ada lesen perjudian tersebut akan dikeluarkan kepada Ascot Sports atau syarikat-syarikat lain yang diterajui oleh Vincent Tan selepas berlangsungnya pilihan raya yang akan datang.
Saya percaya bahawa Ascot Sports tidak akan menerima keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak mengeluarkan lesen perjudian kecuali terdapat sesuatu perjanjian yang tidak rasmi dan sulit di antara Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan Vincent Tan.
Tags: Ng Wei Aik 黃偉益
Daftarlah Sebagai Rakan DAP!
http://greenstate.penang.gov.my


