合法化赌球以管制世界杯非法赌博乃虚假藉口 社青团甲抛峇底区团成立 陈宏来当选团长 Sikap Bertalam Muka Dua Pemuda MIC Dikecam 聂阿里竟敢撒谎! 葉進強炮轟馬華協詷員沈耀權扮演雙面人 促陈恩来做个有种哦萨马! 社青团愿发动全民抗议大桥收费调涨 UMNO Mengelirukan Rakyat Jelata!

Penyebaran Video Fitnah : 5 Tuntutan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada Kerajaan Malaysia

6 APRIL 2011

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin memulakan sidang media ini dengan mengajak semua menjiwai benar-benar akan firman Allah berikut; “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik yang membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakan sesuatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.” AL-HUJURAT: Ayat 6.

Berdasarkan ayat di atas, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mahu rakyat bertenang terhadap fitnah terbaru yang dihalakan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita diajar meneliti sesuatu tuduhan, apatah lagi tuduhan & video seks fitnah itu datangnya dari Datuk Trio, yang seorang daripada mereka pernah bergelumang dengan pertuduhan merogol gadis bawah umur.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga ingin menyatakan SOKONGAN PENUH kepada penafian tegas yang telah dibuat oleh Presiden KEADILAN, Ybhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menolak sebarang perkaitan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video fitnah tersebut.

Justeru, setelah isu ini menjadi tatapan dunia dan amat memalukan kita, serta demi meredakan keresahan rakyat terhadap fitnah terbaru ini, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan tegas menuntut agar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak untuk MENGARAHKAN agensi/institusi di bawah kuasa beliau ini untuk menunaikan SEGERA perkara-perkara berikut;

1. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)- Mengenakan tindakan kepada semua blog-blog yang sengaja menyiarkan video fitnah yang bertujuan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Blog terawal yang didapati menyebarkannya adalah Papagomo & Gerakan Anti-PKR.

2. Unit Media Baru (Pemuda UMNO Malaysia) – Mengeluarkan arahan kepada semua blogger di bawah UMB agar menarik balik video tersebut dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

3. Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Mengarahkan pihak Polis supaya dengan segera dan tanpa lengah terus menangkap Datuk Trio atas tindakan mereka yang terang-terang bersalah dan boleh didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

4. Kementerian Dalam Negeri – Menggesa kementerian ini membuat siasatan rapi tentang video yang masih dalam siasatan polis, tetapi bocor di Youtube dan memalukan Malaysia di mata dunia.

5. Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan – Mengarahkan agar semua surat khabar arus perdana keluaran Selasa 5 April 2011, meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya & seluruh rakyat Malaysia di atas terbitan gambar-gambar fitnah yang amat mengaibkan.

Dengan ini juga, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan tegas menuntut agar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak MEMINTA MAAF secara terbuka di atas kegagalan beliau membendung YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya & seluruh rakyat Malaysia dari diaibkan secara besar-besaran di mata dunia.

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;

SYED MIKAEL RIZAL AIDID


Naib Ketua 1 Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang

YB NG WEI AIK


Setiausaha Pemuda Sosialis DAP
(DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOR BIN HARON


Setiausaha Dewan Pemuda
PAS Pulau Pinang (DPPP)
Be Sociable, Share!

Tags: ,

One Response to “Penyebaran Video Fitnah : 5 Tuntutan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada Kerajaan Malaysia”

  1. Atila Says:

    Merujuk kepada ayat di atas :-
    “…apatah lagi tuduhan & video seks fitnah itu datangnya dari Datuk Trio, yang seorang daripada mereka pernah bergelumang dengan pertuduhan merogol gadis bawah umur..”

    Berdasarkan kepada umur pengundi2 baru 2011, ramai tidak tahu & hampir telah lupa TanSri XYZ pernah bergelumang dgn pertuduhan merogol gadis bawah umur. Perkara itu hampir dilupakan kerana sekarang tahun 2011 & kejadian itu pada tahun 1994, susulan kepada kejadian itu SIAPAKAH yang dipenjarakan?

    Tolong demo utk memberi kesedaran & mengingatikah semula salasilah TanSri XYZ tu. Jangan beri ruang kepada am-no / bee-end utk menggunakan unsur mencelah minda rakyat termasuk cara : psikologi & masa (manusia mudah lupa).

Leave a Reply

Get Adobe Flash player

Daftarlah Sebagai Rakan DAP!
立即登记成为火箭之友!
Register as the Friends of DAP!