Ng Wei Aik: Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak anti-Melayu/Islam
Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan penuh terhadap Ustaz Mohd Salleh Man, calon Pakatan Rakyat yang mewakili Pas dalam Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir.
Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang adalah terdiri daripada DAP, PKR dan Pas. Dengan pemergian Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan ke ramahtullah, maka Pakatan Rakyat memerlukan seorang wakil rakyat daripada Pas untuk mengisikan kekosongan tersebut untuk memantapkan lagi kerjasama Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Atas nasihat dan tunjuk ajar pemimpin Pas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai dasar yang memanfaatkan semua kaum, termasuk umat Islam di Negeri Pulau Pinang, termasuk:
- Menggunapakai corak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran Negeri Pulau Pinang di mana beliau adalah seorang pemimpin Islam yang adil, telus dan berjiwa rakyat tanpa mengambil kira kaum dan agama;
- Melaksanakan pentadbiran dengan berlandaskan konsep “amar ma’ruf nahi mungkar” dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang, termasuk bidang kenegaraan dan masyarakat di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakkan seluruh masyarakat dan negara;
- Memastikan pentabiran Kerajaan Negeri bebas daripada penyalahgunaan kuasa, kezaliman serta merombak semula jentera pentadbiran dengan memecat pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan zalim; mengembalikan tanah yang dirampas kepada penghuni-penghuni; melayan rakyat dengan penuh adil tanpa mengambil kira pangkat atau keturunan dan menumpukan perhatian terhadap meningkatkan ilmu pendidikan di kalangan rakyat;
- Pelaksanaan program pembasmian miskin tegar yang menjadi Negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama mencapai matlamat miskin tegar sifar dapat membantu rakyat yang miskin di Negeri Pulau Pinang di mana kebanyakan penerimanya adalah golongan Melayu dengan memberikan imbuhan sehingga setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500 sebulan;
- Kerajaan Negeri telah memberikan rebet air sebanyak RM100 kepada setiap keluarga yang menghadapi kesulitan ekonomi untuk memanfaatkan hampir 170,000 keluarga;
- Kempen pendaftaran warga emas akan memanfaatkan golongan tua yang kebanyakan juga merupakan golongan Melayu di mana setiap warga emas akan diberikan bantuan RM100 setiap tahun dan waris mereka akan mendapat RM1000 apabila warga emas yang berdaftar kembali ke ramahtullah;
- Pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang, termasuk para Huffaz;
- Peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat;
- Inisiatif Wi-Fi percuma untuk mengurangkan jurang digital di kawasan bandar dan luar bandar serta golongan berada dan kurang berkemampuan;
- Pembinaan masjid dan surau terus diutamakan untuk menjaga kepentingan umat Islam;
- Pembangunan Negeri Pulau Pinang sebagai hab Halal yang terpenting di Malaysia; dan
- Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat turun padang untuk berbuka puasa dengan umat Islam dalam bulan Ramadhan.
Jelas sekali, dakwaan-dakwaan Umno bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mementingkan umat Melayu/Islam adalah tidak berasas sekali. Ini hanya merupakan taktik-taktik Umno yang cuba mengelirukan rakyat jelata demi agenda politik mereka yang sempit sekali.
Dengan itu, Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang bersamaan dengan kawan-kawan seperjuangan kita dari Dewan Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan akan membawa mesej seperti di atas kepada setiap pengundi di Permatang Pasir supaya mereka benar-benar faham apa yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts
- Permatang Pasir - A Lesson For All - Aug 31, 2009
- 葉進強:峇東巴鍚華裔選民,以選票支持回教黨,這也證明了,他們選擇繼續支持民聯州政府,認同首長林冠英的領導能力 - Aug 26, 2009
- 葉進強6駁斥馬青團長翁協文的指責,並表示選民的眼晴是雪亮的,支不支持回教黨,是由選民自己作出決定,不需任何人(馬華)多加操心 - Aug 23, 2009
- 李振辉:国阵领袖乃披着羊皮的狼! - Aug 23, 2009
- Ng Wei Aik: Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak anti-Melayu/Islam (This post) - Aug 22, 2009
- 黄伟益:槟州民联政府没有反马来人或反回教 - Aug 22, 2009
- 葉進強:以3大理由,吁請峇東巴鍚華裔選民支持回教黨候選人沙烈曼,讓他在這場補選中取得勝利 - Aug 19, 2009
- Steven Sim Chee Keong: Tolak Calon UMNO yang Pecah Amanah - Aug 19, 2009
- 沈志强:拒绝信用破产的巫统候选人 - Aug 19, 2009
- 葉進強:譴責警方不應以粗魯的行為對待哥巴拉國會議員,因為這將“惹眾怒”,影響警方的威望 - Aug 18, 2009
Tags: Ng Wei Aik 黃偉益


