合法化赌球以管制世界杯非法赌博乃虚假藉口 社青团甲抛峇底区团成立 陈宏来当选团长 Sikap Bertalam Muka Dua Pemuda MIC Dikecam

DAPSY Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan YB Zahrain Hashim yang tidak puas-puas melontar tuduhan tidak berasas terhadap Parti DAP dan Ketua Menteri Lim Guan Eng

DAPSY Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan YB Zahrain Hashim yang tidak puas-puas melontar tuduhan tidak berasas terhadap Parti DAP dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Dalam tuduhan tidak berasas terbaru, Zahrain mengecam DAP dan Ketua Menteri atas tersebarnya ura-ura tentang Ahli Parlimen PKR yang ingin melompat Parti seterusnya menjadi BN Friendly MP. DAPSY Pulau Pinang, tertanya-tanya bagaimanakah DAP boleh disalahkan atas kejadian itu, kerana jelas bukan ahli-ahli DAP yang mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. Yang jelas Zahrain Hashim mempunyai agenda tersendiri untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Kenyataan Zahrain Hashim bahawa DAP mendominasi Pakatan Rakyat adalah tidak benar sama sekali. Kita di Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain, di mana tiada ada Parti yang ingin mendominasi satu Parti komponen yang lain. Dan komen Zahrain Hashim tentang isu “dominasi” ini jelas menunjukkan Zahrain Hashim tidak layak berada dalam Pakatan Rakyat, kerana masih lagi terperangkap dalam jerat perkauman sempit serupa UMNO.

Nampaknya Zahrain Hashim jelas tidak senang duduk apabila Pengerusi Perhubungan Negeri PKR bertukar tangan. Segala tuduhan yang Zahrain Hashim melontar terhadap DAP dan Ketua Menteri adalah tipu belaka. Tuduhan dan fitnah sebegini selalunya dilontar oleh UMNO untuk memburukkan nama baik Kerajaan Pakatan Rakyat, dan sekali lagi Zahrain Hashim menunjukkan di mana dia patut berada.

Segala kejatuhan moral dan kepincangan dalam PKR berhasil daripada kewujudan Zahrain Hashim dan bukanya daripada DAP dan Pakatan Rakyat. Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Permuafakatan Pemuda Pakatan Rakyat pada minggu lepas, demi mengutuhkan perpaduan dalam PR. Itu bermakna Pakatan Rakyat terus utuh. Nampaknya bukan UMNO-BN sahaja tidak senang dengan keutuhan Pakatan Rakyat, malah Zahrain Hashim turut terasa tempiasnya.

DAPSY Pulau Pinang menyeru kepada Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan tegas terhadap Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru yang terus berlagak seperti Ajen UMNO. DAPSY Pulau Pinang juga mengalu-alukan pengeluaran sekerat pemimpin yang tamak dari gagasan Pakatan Rakyat, dan menjadi sahabat UMNO-BN seperti Zahrain Hashim. Kerana UMNO-BN lah tempat yang sesuai untuk orang-orang sepertinya. DAPSY Pulau Pinang menyeru kepada Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Dato Seri Wan Azizah untuk mengambil tindakan terhadap individu bermasalah seperti Zahrain Hashim dengan kadar yang segera, demi keutuhan Pakatan Rakyat. Sekian

“MALAYSIANS MALAYSIA”

SATEES MUNIANDY
AHLI MAJLIS EKSEKUTIF
DAPSY NEGERI PULAU PINANG

Share and Enjoy:
  • Print
  • Facebook
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Netvibes
  • NewsVine
  • Reddit
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Blogosphere News
  • Live
  • Technorati
  • blogmarks
  • Haohao
  • MyShare
  • MySpace
  • Slashdot
  • Yigg
  • Ping.fm
  • Ratimarks
  • RSS
  • Simpy
  • SphereIt
  • Yahoo! Buzz
  • BlinkList
  • Blogplay
  • email
  • Identi.ca

3 Responses to “DAPSY Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan YB Zahrain Hashim yang tidak puas-puas melontar tuduhan tidak berasas terhadap Parti DAP dan Ketua Menteri Lim Guan Eng”

  1. izam Says:

    Kenapa perlu kaitkan nama zahrain dan umno. beliau melahirkan ketidakpuasan hati kami orang melayu dalam pakatan rakyat. Kami bukan buta dan memang ada sebab zahrain buat begitu.

  2. socialsilent Says:

    yah betul tuh izam, jadi orang melayu dalam pakatan sendiri tiada hak lah untuk bersuara.. jika bersuara pasti dikatakan agen umno.. kenapa cina tak pulak di kata agen mca, india tak di kata agen mic bila bersuara tidak kepuasan hati..

  3. Anak Sungai Derhaka Says:

    izam.. betui ka orang Melayu dalam Pakatan Rakyat tak puas hati kat DAP?

    Aku tanya pasal aku Melayu, bagi aku cara Lim Guan Eng memerintah dah cukup baik.. orang Melayu yang tak puas hati dengan Lim Guan Eng yang aku kenal kebanyakkannya mempunyai kepentingan peribadi..

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

Switch to our mobile site